atas

Selamat datang !!
Home |Follow | Dashboard | Facebook |Twitter

Save up to 80% on everything Internet! Whether it is for the latest Samsung,HTC or Blackberry smart

Khamis, 13 Oktober 2011

Rahsia

Assalamualaikum w.b.t





-Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik.

-Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.


-Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda.


-Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.


-Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.


-Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental.


-Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.


-Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan.


-Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)


-Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda.


-RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.


-Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat).


-Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat!


-Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana
melakukan kerja bodoh.


-Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)


-Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.


-Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)


  • Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik.

Tiada ulasan:

Ji

Blog Kawan